Dua Adun dilantik Exco, Pas Perak ucap tahniah

Dua Adun dilantik Exco, Pas Perak ucap tahniah

IPOH: Pas Perak mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dan Setiausaha, Mohd Akmal Kamaruddin yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Adun Gunung Semanggol dan Adun Selama bersama lima lagi yang lain mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak di Istana Kinta, disini.

Ketua Penerangan Pas Perak, Mohd Hafez Sabri berkata, semoga kedua-dua pimpinan Pas Perak dirahmati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, berkhidmat kepada seluruh rakyat Perak.

“Pas Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak yang baharu.

“PAS Perak sepenuhnya meyakini bahawa kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas akan terus bersemangat untuk menunaikan kewajipan berkhidmat untuk rakyat secara adil serta mempertahan dan menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Pas Perak mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Dato’Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di atas kepercayaan memilih dua orang ADUN PAS menganggotai kepimpinan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )