UMMAH kata Exco Kerajaan Perak yang baharu berintegriti

UMMAH kata Exco Kerajaan Perak yang baharu berintegriti

IPOH: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) amat yakin bahawa barisan Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru dilantik adalah dari kalangan yang berintegriti, berwibawa serta bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan agama, rakyat dan negeri Perak.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, komposisi barisan Exco dari gabungan tiga buah parti politik iaitu Bersat, Pas dan Umno adalah bukti bahawa perubahan politik yang berlaku di negeri Perak adalah dibina dengan niat ikhlas demi agama, rakyat dan negeri Perak tersebut.

“UMMAH mengharapkan dengan pembentukan kepimpinan baru kerajaan negeri Perak hari ini, ia dapat terus melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Khususnya ketika ini memberi fokus terhadap ancaman penularan wabak Coronavirus (Covid-19)yang telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

“Kami mendoakan seluruh kempimpinan kerajaan negeri Perak yang baru ini dirahmati Allah SWT,” katanya, lapor Harakahdaily.

Mengikut rekod, seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang dilantik itu pernah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah.

Beliau ialah Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )