Rumaizi dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu

Rumaizi dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu

IPOH: Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Datuk Rumaizi Baharin dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata Rumaizi dilantik bagi menggantikan Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkuatkuasa 1 April lalu.

Sebelum ini Ahmad Suaidi memangku jawatan itu selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019.

“Datuk Rumaizi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan merupakan pengarah yang termuda dilantik ke jawatan PTG.

“Beliau adalah berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia.

“Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, pentadbiran Kerajaan Perak yakin dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki Rumaizi akan membantu melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )