Apa yang dibuat oleh kerajaan PH sudah baik, kata menteri PN

Apa yang dibuat oleh kerajaan PH sudah baik, kata menteri PN

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhasrat meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam membangunkan industri sawit.

Menurutnya, pihaknya tidak akan menghentikan segala usaha murni kerajaan lalu dan akan menambah baik dari semasa ke semasa sekiranya perlu.

Hal ini tambahnya dilakukan berdasarkan prinsip beliau yang gemar meminimakan kos dalam mengusahakan sesuatu.

“Bagi saya apa yang dibuat oleh pentadbiran dahulu sudah baik, tinggal lagi kita menambah baik, mereka telah buat apa yang mereka patut buat dan saya ambil konsep ialah kita tidak mahu bermula daripada kosong.

“Kita bergerak bermula pada titik dimana mereka berhenti, dimana titik berhenti menteri yang lalu, di situlah bermula. Sebagai contoh Kempen Sayangi Sawitku yang dimulakan oleh menteri yang lalu.

“Saya akan teruskan, kerana kalau kita tukar jenama, kita perlukan dana lagi, kita perlukan kempen yang baru, tidak. Saya bukan bekerja begitu, cara saya kita minimakan kos, apa yang baik pada kerajaan lalu, kita teruskan,” ujarnya, lapor Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika disoal berkenaan maklum balas yang mengatakan bahawa promosi kementerian itu sebelum ini yang kurang mendapat sambutan akibat daripada kegagalan menepis serangan-serangan pihak luar.

Katanya, agak meremehkan sekiranya setiap kali bertukar tampuk pemerintahan perlu mengambil pendekatan untuk memulakan semula kempen yang baharu.

Lagipula, beliau juga tidak pasti adakah beliau akan terus memegang jawatan tersebut setelah tiga tahun.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )