Adakah kerajaan sifatkan arak itu satu keperluan kritikal?

Adakah kerajaan sifatkan arak itu satu keperluan kritikal?

KUALA LUMPUR: ARMADA Bersatu Malaysia mendesak pihak kerajaan memberi penjelasan tentang kebenaran beroperasi kilang arak Heineken sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Exco Agama, Abu Hafiz Salleh Hudin dan Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional, Ulya Aqamah Husamudin dalam satu kenyataan bersama berkata, mengikut garis panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya 10 perkhidmatan perlu serta rantaian dan sektor kritikal sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

ARMADA mempersoalkan adakah kerajaan menyifatkan Arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal.

“Ribuan perniagaan halal dan milik bumiputera terjejas akibat Covid19 dan PKP terutamanya bagi industri kecil dan sederhana.

“Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram?

“Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?,” soal mereka.

Justeru, ARMADA Bersatu Malaysia menuntut penjelasan yang sewajarnya perihal ini.

Ini kerana, kata mereka tidak molek sekiranya kerajaan “Melayu Islam” memberi kelebihan kepada syarikat menjual produk yang jelas haram disisi Islam.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )