Kilang arak bukan keutamaan!

Kilang arak bukan keutamaan!

Pada hari ini tular di media sosial surat daripada KSU KPDNHEP bertarikh 31 Mac 2020 yang membenarkan Heineken Malaysia untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Tanpa menafikan hak bukan Muslim kepada minuman beralkohol ini tetapi dalam suasana PKP yang sedang dikuatkuasakan, ia sangat tidak sesuai dan mengarut.

Dalam situasi PKP ini, saya berpendapat pihak Majlis Keselamatan Negara wajar memberi kelonggaran kepada pengusaha dan peraih hasil laut dan sayur untuk bergerak bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat disamping mengelak ia menjadi busuk dan rosak.

Sudah banyak disiarkan di media-media sosial banyak hasil laut dan hasil pertanian rosak teruk dan dibuang akibat tidak dikutip oleh peraih.

Situasi ini sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pihak yang terlibat seraya menjejaskan bekalan makanan negara.

Akhir kalam saya menyeru agar surat kebenaran kepada Heineken dapat ditarik balik sekurang-kurangnya dalam tempoh PKP ini bagi mengelak kemurkaan Allah yang lebih besar apatah lagi kita semua sedang bergantung harap kepada Allah dalam mendepani wabak COVID-19 ini.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

 

MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah Penolong Setiausaha Pemuda AMANAH Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )