Benarkan kilang arak: Duduk dalam kerajaan, tapi Pas minta penjelasan kerajaan

Benarkan kilang arak: Duduk dalam kerajaan, tapi Pas minta penjelasan kerajaan

KUALA LUMPUR: Biarpun Pas adalah sebahagian daripada kerajaan, namun Pas hari ini meminta penjelasan kerajaan berhubung isu kebenaran membuka kilang arak di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ahmad Fadhli Saari menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat penjelasan rasmi terhadap surat yang telah tular di media sosial iaitu kebenaran kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Menurutnya, jika surat itu adalah tulen, beliau memohon agar kerajaan khususnya kementerian berkaitan menarik balik kebenaran tersebut kerana nyata sekali industri arak bukanlah satu perniagaan dan perkhidmatan yang termasuk di dalam kategori penting.

“Sebagai seorang muslim, saya dan umat Islam tentunya wajib berdiri untuk menyatakan bantahan terhadap apa juga kelonggaran dan keistimewaan yang diberikan kepada industri arak ini apatah lagi dalam situasi negara sedang berdepan dengan ancaman wabak COVID 19 ini.

“Apakah nilai yang tinggal kepada seorang muslim yang berdoa kepada Tuhannya sedangkan membiarkan arak mengalir di bawah sejadah dalam keadaan dia bisa menyekatnya?,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Sumber : https://perakinsights.com/2020/04/06/benarkan-kilang-arak-duduk-dalam-kerajaan-tapi-pas-minta-penjel… […]

  • Disqus ( )