Isu arak: Pas akan guna ruang perbincangan dalam mesyuarat

Isu arak: Pas akan guna ruang perbincangan dalam mesyuarat

KUALA LUMPUR: Pas akan menggunakan ruang perbincangan dalam mesyuarat kerajaan untuk menyampaikan pendirian parti itu berhubung isu kebenaran kerajaan kepada kilang arak untuk beroperasi.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, Pas melalui wakil dalam kabinet akan menyuarakan perkara ini supaya dikaji semula seterusnya menarik keputusan yang telah dibuat.

“InsyaAllah kita gunakan ruang perbincangan dalam mesyuarat kerajaan untuk sampaikan pendirian PAS,” demikian kata Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad di laman Facebooknya.

Dalam satu kenyataan, Kamaruzaman berkata, Pas menggesa pihak kerajaan mempertimbangkan semula kelulusan tersebut dalam tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jelas beliau, Pas berpandangan pengeluaran minuman keras bukanlah satu keutamaan bahkan tidak termasuk kategori ‘essential services’.

“Pas menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal wabak Covid 19.

“PAS melalui wakil dalam kabinet akan menyuarakan perkara ini supaya dikaji semula seterusnya menarik keputusan yang telah dibuat,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )