Timbalan menteri mengaku tahu tentang kebenaran operasi kilang arak

Timbalan menteri mengaku tahu tentang kebenaran operasi kilang arak

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid mengakui bahawa beliau dan menteri, Alexander Nanta Linggi mengetahui tentang kebenaran operasi kilang arak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, berita kononnya Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad tidak memaklumkan kepada menteri berhubung perkara tersebut adalah tidak benar.

“Ada laporan mengatakan menteri dan saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, itu tidak betul, kami tahu,” katanya, lapor Harian Metro.

Semalam, satu surat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertarikh 31 Mac lalu tular memaklumkan pengesahan pengecualian bagi operasi Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd.

Namun pada sidang media hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membatalkan kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang berkenaan.

Pembatalan itu selepas menerima kecaman yang sangat teruk daripada rakyat yang rata-rata kecewa dengan tindakan kerajaan memberi kebenaran kepada kilang arak tersebut.

Bagi netizen, tindakan kerajaan u-turn daripada keputusan yang telah dibuat adalah merupakann satu kejayaan besar rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosol Wahid menjelaskan, surat ersebut adalah kebenaran mengedarkan stok sedia ada dan bukannya kebenaran beroperasi.

Katanya, pengurusan kilang memohon kepada pihaknya untuk mengedarkan stok yang sudah sedia ada ketika PKP dan kelulusan diberikan berdasarkan pengedaran dan bukannya operasi.

Menurutnya, kementeriannya dimaklumkan mengenai jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM340 juta dan mengambil kira kepentingan semua pihak, maka kelulusan pengedaran stok terbabit diberikan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )