Disaat rakyat tagih khidmat, Kerajaan Perak tamatkan khidmat MPKK semasa Covid19

Disaat rakyat tagih khidmat, Kerajaan Perak tamatkan khidmat MPKK semasa Covid19

IPOH: Disaat negara sedang dilanda wabak Covid19, Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diseluruh negeri itu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Nor Sham Binti Rahman dalam satu surat yang dikeluarkan hari ini berkata, penamatan tersebut berkuatkuasa 30 April 2020.

Katanya, penamatan perkhidmatan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak itu melibatkan semua pengerusi setiausaha dan ahli jawatankuasa MPKK di seluruh negeri termasuklah kampung baru dan kampung baru India.

Katanya, buat sementara waktu, penghulu mukim akan menjalankan tugas sebagai ketua kampung sementara ketua kampung yang baharu selesai dilantik.

“Semua Pegawai Daerah diarahkan untuk mengemukakan senarai pencalonan baharu Pengerusi MPKK dengan kerjasama ADUN di setiap daerah bagi sesi lantikan baru berakhir 31 Disember 2021 dengan kadar segera.

“Keputusan ini hendaklah dilaksanakan dengan serta merta,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )