Ketua kampung akan dilantik pada Jun nanti – Exco

Ketua kampung akan dilantik pada Jun nanti – Exco

IPOH: Perkhidmatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Perak akan ditamatkan berkuat kuasa pada 30 April depan.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu lalu.

Menurutnya, pelantikan ketua kampung yang baharu dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan bagi menggantikan Pengerusi MPKK sebelum ini.

“Kita telah bincangkan mengenainya pada Mesyuarat Exco pertama lalu dan ditetapkan bahawa perkhidmatan MPKK akan ditamatkan pada 30 April ini.

“Dari segi nama sama ada dikekalkan MPKK atau sebaliknya, semua bergantung kepada keputusan kerajaan Persekutuan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat penamatan pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK di Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )