Terima kasih kepada semua MPKK, teruskan berkhidmat!

Terima kasih kepada semua MPKK, teruskan berkhidmat!

IPOH: Pemuda AMANAH Perak mengucapkan terima kasih kepada semua lantikan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kerajaan PH Perak di atas khidmat yang diberikan sepanjang tempoh 22 bulan PH memerintah negeri ini.

Sesungguhnya khidmat tuan-puan sekalian sangat besar nilainya untuk rakyat dan negeri tercinta ini,” kata Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim.

Beliau berkata demikian mengulas surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tentang penamatan perkhidmatan MPKK di seluruh negeri Perak.

Surat tersebut memaklumkan penamatan tersebut berkuatkuasa 30 April 2020.

Khairol berkata, walaupun bukan lagi sebahagian Jawatankuasa MPPK, Pemuda AMANAH Perak menyeru agar khidmat-bakti tuan-puan tidak terhenti setakat ini.

“Teruslah berkhidmat kepada rakyat walau jawatan tidak lagi berada di pundak bahu.

“Saya yakin dan percaya, prestasi tuan-puan sebagai Jawatankuasa MPKK adalah yang terbaik dan wajar dipuji.

Beliau berkata, semua kepimpinan MPKK telah melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan dedikasi.

“Hanya Allah SWT mampu membalas segala jasa baik yang tuan-puan berikan untuk umat ini,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )