Mana BMF? Netizen kecam pusat khidmat Razman borong barang kedai non muslim

Mana BMF? Netizen kecam pusat khidmat Razman borong barang kedai non muslim

IPOH: Pusat Khidmat ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria dikecam apabila membeli barangan di kedai borong milik non muslim (bukan Islam).

Kecaman tersebut kemungkinan disebabkan ia tidak selari dengan pendirian Razman dan Pas selama ini yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kempen Beli Barangan Muslim Dahulu atau Buy Muslim First (BMF) khususnya di Perak.

Gambar yang dimuatnaik oleh Razman di laman Facebook rasminya pada 8 April yang lalu mendapati, petugas pusat khidmatnya sedang membeli barangan dengan kuantiti yang sangat banyak di sebuah kedai borong milik non muslim.

Difahamkan barangan tersebut adalah untuk diagihkan kepada masyarakat di Dun tersebut yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muat naik tersebut itu melaporkan, Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol, Ahmad Rosman Razali bersama kakitangan pusat khidmat itu telah mendapatkan bekalan tepung, gula dan bihun daripada kedai borong yang terletak di Bagan Serai, Perak.

Ramai pengguna laman Facebook telah meninggalkan komen di muatnaik tersebut yang rata-rata mempersoalkan dimanakah perginya kempen BMF yang diwar-warkan selama ini.

“Aii, bukan kedai cina kafir ke tu? Dimanakah BMF yang dilaung-laungkan hari tu?,” kata pemilik akaun bernama Ameng Kelulut dengan penuh sinis.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Faeez Azahar mempersoalkan adakah di Bagan Serai tiada pemborong milik orang Islam.

“Kedai melayu dah tak ada ke?,” soal pemilik akaun Muhamad Nakhaie Abd Wahab.

Sementara itu, pemilik akaun bernama Wan Joben berpandangan, kecaman yang diberikan oleh netizen kemungkinan disebabkan tindakan Pas selama ini yang sangat keterlaluan menyerang pihak yang tidak menyokong kempen BMF.

“Pakcik rasa orang kecam tu bukan sebab apa, sebab kome selama ini beria beno kempen dan kutuk orang yang tidak bersetuju dengan kempen tu.

“Padahal kome sendiri pun beli kedai cina. Sebab cina jual murah dan ada stok!,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )