Netizen kritik cadangan kerajaan Perak anjur bazar Ramadan pandu lalu

Netizen kritik cadangan kerajaan Perak anjur bazar Ramadan pandu lalu

IPOH: Cadangan Kerajaan Negeri Perak menganjurkan bazar Ramadan secara pandu lalu telah dikritik oleh netizen.

Rata-rata menganggap cadangan tersebut tidak wajar kerana ia hanya akan terdedah kepada risiko ancaman penularan wabak Covid19 dalam kalangan masyarakat.

Netizen juga berpandangan cadangan tersebut hanya akan mewujudkan permasalahan baharu termasuklah kesesakan lalulintas dan sebagainya.

“Wahai YB Perak, Janganlah buat bazar, Fikir la rakyat Perak,”

“Jangan buat.. Kenapa degil sangat.. Nak duit punya pasal deme sanggup kata nk buat,” kata pengguna Facebook, Shahrul Nafiza.

Khaironi Jamaluddin pula berkata, kerajaan jangan memulakan risiko untuk mewujudkan satu lagi kluster iaitu kluster bazar Ramadan.

“Nak jadikan satu lagi kluster bazar Ramadan ke? Fikir kesihatan rakyat Perak lagi penting.

“Kalau ramai mati, ada ke bazar Ramadan tahun depan? Stay at home!,” tegasnya.

Dalam pada itu, Eliyas Ismail menasihatkan kerajaan agar tidak ‘merepek’ untuk mencadangkan perkara yang memberi risiko kepada masyarakat.

“Janganlah nak merepek,” katanya.

Semalam Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, berkata, kerajaan negeri bercadang menganjurkan bazar Ramadan secara pandu lalu dan dalam talian di lokasi-lokasi terpilih bermula 29 April ini.

Menrutunya, konsep dikenali Smart Iftar@Perak itu mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengambil kira semua aspek kawalan dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Setakat ini terdapat kira-kira 40 lokasi seluruh negeri membabitkan lebih 1,000 peniaga telah dikenal pasti bagi tujuan ini.

“Kita terpaksa memilih lokasi yang dikira selamat dan terkawal, keselamatan diletakkan sebagai faktor utama dengan mengambil kira aspek jarak sosial, kawasan sanitasi dan aliran trafik untuk mengurangkan risiko penularan wabak,” katanya kepada pemberita.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )