AS$300 juta daripada dana 1MDB dipulangkan kepada Malaysia

AS$300 juta daripada dana 1MDB dipulangkan kepada Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini telah memulangkan semula sebanyak AS$300 Juta daripada dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perolehan kembali dana tersebut dibuat di bawah insiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

Katanya, jumlah tersebut diperoleh semula hasil penyitaan aset-aset yang dibeli oleh ahli Perniagaan dalam buruan, Jho Taek Low.

“Pada 30 Oktober 2019, Jho Low mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang difailkan jabatan itu ke atas aset-aset yang dibeli Jho Low menggunakan dana 1 MDB.

“Jumlah AS$300 Juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkaita dengan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengumumkan, pemulangan tersebut bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan ataupun aset, secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 Juta.

Tambahnya lagi, proses menjual baki aset yang disita daripada ahli perniagaan itu masih diteruskan atas keputusan penghakiman DOJ.

Beliau berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruhnya dunia juga masih berjalan

“Kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )