Covid19: Tim Menteri Kesihatan, Exco Perak hadiri majlis makan beramai-ramai

Covid19: Tim Menteri Kesihatan, Exco Perak hadiri majlis makan beramai-ramai

IPOH: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria telah menghadiri satu majlis makan beramai-ramai di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Dalam satu ‘posting’ di laman Facebook Noor Azmi, beliau dan rombongannya telah singgah ke maahad tahfiz tersebut dan telah diraikan dengan juadah masakan kampung.

“YBTMK 1 dan rombongan singgah di Maahad Tahfiz di Lenggong yang diusahakan oleh YB Exco, Tuan Haji Razman dan diraikan dengan juadah masakan kampung,” katanya Noor Azmi dalam laman Facebooknya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik olehnya itu memaparkan kira-kira 30 orang termasuklah dua pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional itu telah makan bersama-sama beramai-ramai.

Majlis makan beramai-ramai itu didakwa telah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Tindakan pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional itu telah dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata menganggap seolah-olah mereka kebal daripada undang-undang.

Ini kerana rakyat yang membuat tindakan yang sama telah diambil tindakan tegas oleh kerajaan malah ada yang telah ditahan lokap dan dibawa ke mahkamah.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam ‘posting’ tersebut telah hilang daripada laman Facebook pemimpin tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )