“Rakam percakapan aje, ini tidak adil!” Tegas Hamidah Osman

“Rakam percakapan aje, ini tidak adil!” Tegas Hamidah Osman

IPOH: Kerajaan Perikatan Nasional mestilah berlaku adil dalam mengenakan hukuman kepada semua individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, tindakan yang adil itu sangat penting sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain semalam yang memaklumkan akan memanggil Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang menghadiri jamuan makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, petang kelmarin.

Hamidah mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang hanya sekadar mendengar percakapan sahaja sedangkan rakyat yang membuat kesalahan yang sama telah ditangkap terus dibawa ke mahkamah.

Katanya, disebabkan pemimpin tersebut adalah menteri dan Exco, pihak polis hanya rakam percakapan sahaja.

“Sekadar nak rakam percakapan aje.. Oh…bila bab rakyat tangkap dan terus ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman.

“Jogging dan main golf pun kena tangkap.. Pergi ziarah orang meninggal pun tak boleh.

“Kerajaan PN perlu berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan,” kata Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak di laman Facebooknya.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah memuatnaik gambar beliau bersama Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria menghadiri satu majlis makan beramai-ramai di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Tindakan pemimpin itu telah dikecam hebat oleh netizen dan akhirnya beliau telah memadam ‘posting’ tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )