Tujuh lelaki ditahan solat jemaah di surau di Bagan Serai malam tadi

Tujuh lelaki ditahan solat jemaah di surau di Bagan Serai malam tadi

BAGAN SERAI: Disaat Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dikecam kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), seramai tujuh lelaki di parlimen itu telah ditahan kerana solat berjemaah di surau.

Tujuh lelaki termasuk seorang pelajar berusia 14 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa selepas didapati melanggari PKP apabila menunaikan solat secara jemaah di sebuah surau di Parit Husain, Bagan Serai.

Kesemua mereka berusia dari 14 hingga 64 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.15 malam selepas selesai solat Isyak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai, Mokhlis Husain berkata, pemeriksaan dibuat anggotanya bersama polis selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Ketika tiba di surau berkenaan, didapati terdapat sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat Isyak, penahanan dibuat setelah mereka selesai mengerjakan solat,” katanya.

Menurutnya, ketika soal siasat dijalankan, semua jemaah mengetahui larangan PKP dan peraturan ditetapkan bagi solat jemaah di surau atau masjid yang tidak boleh melebihi tiga orang iaitu imam, bilal dan seorang makmum.

“Kesemua mereka telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam iaitu pada hari yang sama, Dr Noor Azmi Ghazali bersama Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria telah dikecam selepas menghadiri satu majlis makan beramai-ramai di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Atas sebab tersebut, pihak polis telah memanggil kedua-dua pemimpin tersebut untuk mengambil keterangan mereka.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Berita penuh :¬†https://perakinsights.com/2020/04/19/tujuh-lelaki-ditahan-solat-jemaah-di-surau-di-bagan-serai-malam… […]

  • Disqus ( )