Kerajaan lantik seorang lagi duta bertaraf menteri

Kerajaan lantik seorang lagi duta bertaraf menteri

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini Persiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, hari ini Datuk Seri Tiong King Sing pula dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China bertaraf menteri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu kenyataan.

Tiong King Sing merupakan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.

Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik China khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Sebelum ini, beliau diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020 namun beliau menolak dan tidak angkat sumpah jawatan itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )