Panas! Umno Perak didakwa tuntut bermacam-macam kepada Peja

Panas! Umno Perak didakwa tuntut bermacam-macam kepada Peja

IPOH: Perak Today melaporkan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sedang dihimpit di dalam kerajaan Perikatan Nasional Perak.

Laporan tersebut mendakwa, Umno Perak ketika ini menuntut bermacam-macam perkara kepada Ahmad Faizal termasuklah berkaitan ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Umno juga didakwa telah menuntut agar Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Perak.

Berikut adalah tulisan penuh Perak Today tanpa nama penulis yang disiarkan melalui laman facebook portal tersebut:

______

Tak habis-habis kemelut politik di Perak ni. MB Peja sentiasa dihimpit, baik semasa dalam PH mahupun PN.

Kalau dulu ada DAP yang tak habis-habis desak MB dengan bermacam-macam tuntutan, kini UMNO pula dok tuntut macam-macam.

Dikatakan beberapa hari sebelum perlantikan exco Perak, Dr Zambry mohon menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan negeri.

Tidak dapat dipastikan sama ada permohonan itu dibuat terus kepada MB Peja atau disampaikan menerusi Pegawai Kanan Pejabat Mb. Namun, selepas angkat sumpah exco hinggalah mesyuarat exco pertama, tiada sebarang pengumuman dibuat daripada MB.

Kemudiannya diadakan perbincangan penamatan ahli majlis dan MPKK yang disusuli perbincangan perlantikan ahli majlis baru, namun ianya seperti menuju jalan buntu.

Apa tidaknya dengan karenah Umno yang masih ingin menjadi ‘ABANG LONG’ seperti sifat sebelum pru 14. PAS pula dianggap bersekongkol dengan PPBM dalam barisan exco memandangkan UMNO hanya ada 3 wakil buat masa ini.

Ini la sifat sebenar UMNO dalam Muafakat Nasional. Mereka ingat yang sikit itu mesti patuh pada yang ramai sedangkan yang ramai itu belum tentu dapat membentuk kerajaan kalau tiada yang sikit bersama.

Malah, apalah gunanya bilangan yang ramai jika yang satu dari PPBM itu lebih berkualiti. Ini yang UMNO ak faham. Sebab apa?

Sebab mereka lebih mementingkan kuasa dari rakyat. Mereka lebih mementingkan parti dari rakyat. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dari rakyat.

Kejutan yang berlaku baru-baru ini apabila Zambry dilihat menggunakan Pengerusi Perhubungan UMNO yang sememangnya hanya mengikut telunjuk beliau.

Game apa yang Zambry nak buat ni?

Kerajaan dibentuk atas nama PN akan tetapi UMNO cuba gunakan Muafakat Nasional untuk memberi tekanan pada MB.

UMNO mahu MB Peja menjadi anjing dan tunduk kepada kehendak dan permintaan nafsu pemimpin-pemimpin UMNO. 

Difahamkan PAS tetap dengan keputusan awal jumlah ahli majlis yang telah dipersetujui dalam perbincangan dengan UMNO dan PPBM.

Ada juga cerita mengatakan UMNO meminta PAS menyokong mereka untuk desak MB ikut kehendak UMNO dan mendapat lebih 50% kerusi ahli majlis.

Tidakkah ini menunjukkan UMNO dan DAP tiada bezanya.

Naya PPBM terutamanya MB Peja kalau begini. Rakyat Perak dah cukup gembira apabila MB Peja menjadi hero rakyat sebab menentang kehendak DAP sewaktu memimpin PH.

Tapi hari ini, apabila MB Peja mengambil keputusan untuk bersama PN, watak DAP itu telah diganti dengan UMNO.

______

Tulisan ini tidak mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )