Orang kenamaan langgar PKP, apa hasil siasatan?

Orang kenamaan langgar PKP, apa hasil siasatan?

IPOH: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diminta memberi penjelasan berkaitan siasatan dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan kenamaan di Lenggong pada 17 April 2020 yang lalu.

Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata, difahamkan kenamaan tersebut merupakan seorang Timbalan Menteri dan seorang Exco Kerajaan Negeri yang juga pemilik Maahad di mana telah melibatkan beberapa aktiviti berkumpulan seperti jamuan beramai-ramai, solat berjamaah dan majlis penyerahan bantuan kepada penduduk sekitar.

Menurutnya, AMANAH Perak bimbang insiden ini mencerminkan sikap berpihak dan tidak adil kepada rakyat yang telah didapati bersalah melanggar PKP sebelum ini ataupun selepas ini jika kes ini diberikan ‘keistimewaan’.

Ini kerana katanya sudah lebih seminggu kejadian tersebut berlaku tetapi masih belum dimaklumkan hasil siasatannya dan ini cukup malang buat rakyat biasa.

“Mengambil saranan titah Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah agar pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik tidak akan kesampaian jika pihak berkuasa sendiri tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka yang sewajarnya.

“Pihak berkuasa perlu bersikap adil kepada semua rakyat kerana negara kita mempunyai Undang-undang yang melindungi semua rakyat tanpa mengira apa kedudukan mereka!,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )