‘Terima kasih atas khidmat cemerlang, mereka harus diberi pujian’

‘Terima kasih atas khidmat cemerlang, mereka harus diberi pujian’

IPOH: AMANAH Negeri Perak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua lantikan Kerajaan Pakatan Harapan yang ditamatkan perkhidmatan mereka oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa 30 April 2020 ini.

Mereka adalah terdiri daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JKPTD), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Asmuni Awi berkata, perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan terutamanya membantu masyarakat mendepani krisis wabak Covid-19 harus diberi pujian.

“Walaupun kerajaan negeri telah bertukar kepada kerajaan PN pada bulan Mac 2020, namun perkhidmatan terus diberikan kepada masyarakat dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Semoga segala usaha dan amal bakti yang dicurahkan menjadi amal kebajikan dan dikira sebagai amal soleh disisiNYA,” kata Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )