Auto Mora atau Auta Mora?

Auto Mora atau Auta Mora?

Pengumuman Bank Negara pada 30 April yang lalu berkenaan perubahan Moratorium ‘Hire Purchase’ menimbulkan keresahan kepada Makcik Kiah, Pakcik Salleh dan Ah Seng di seluruh negara.

Pengumuman terbaru ini ternyata bertentangan dengan Dasar Auto-Mora yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia melalui FAQ nya yang bertarikh 27 Mac 2020. Pada No 16 FAQ tersebut, Bank Negara secara jelas memberitahu bahawa tiada sebarang perubahan pada pembayaran bulanan pinjaman kereta dan Islamic financing.

Dasar Auto – Mora pada mulanya diterima baik oleh semua pihak dan ia mengurangkan kesesakan di bank yang banyak bertanyakan tentang Moratorium ini ketika PKP dikuatkuasakan.

Walaubagaimanapun, pada FAQ terkini Bank Negara pada 1 Mei 2020, BNM mengaku bahawa mereka terkhilaf khususnya dalam pembayaran bulanan pinjaman kereta, dan kini menjelaskan bahawa interest tetap akan berjalan sepanjang tempoh Mora selama 6 bulan ini.

Disamping itu, BNM menggesa pihak peminjam untuk mengemaskini maklumat Mora HP mereka kerana ia merupakan antara pra-syarat dalam HP Act sebelum sesuatu perubahan dapat dilakukan.

Pengemaskinian ini boleh dilakukan samada dalam talian atau perlu ke bank. Apabila pengemaskinian ini dilakukan maka anda telah bersetuju dengan mora ini, maka interest akan mula berjalan bermula April 2020 hingga September 2020.

Kita khuatir, Makcik Kiah, Pakcik Saleh dan Ah Seng yang tidak cakna IT akan berpusu-pusu ke bank untuk mengesahkan penerimaan mora ini dan ini boleh mencipta satu lagi kluster baru iaitu ‘kluster mora’

Bagaimana pula kepada mereka yang tidak respon kepada pemberitahuan ini?

Maka anda dikehendaki membayar seperti biasa. Termasuk yang tertunggak pada bayaran April yang lalu.

Dalam hal ini, sikap tidak cermat BNM dalam membuat dasar auto Mora dan mengubahnya di kala ia sedang berjalan memberi kesan yang bukan kepalang kepada Makcik Kiah, Pakcik Saleh dan Ah Seng.

Ketika mereka baru mencongak-congak untuk mengira berapa banyak wang yang mereka boleh jimatkan sepanjang PKP dan Covid-19 ini,tiba-tiba dasar baru pula yang dikeluarkan.

Dan ini menimbulkan tanggapan bahawa ia bukan auto-Mora, tapi hanya Auta-Mora semata-mata.

Bagaimana pula dengan Ravi, Loh dan Musa yang baru buat loan kereta haritu? Dan sekarang mereka mungkin sudah kehilangan kerja atau menghadapi potongan gaji.

Mereka perlu terima auto-mora ini dan berdoa selepas 6 bulan mereka akan dapat kerja semula atau doa-doa gaji akan kembali normal. Tapi bayaran bulanan pasti sudah tidak sama, maka akan ada perubahan pada bayaran bulanan atau bayaran pada ‘last payment’

Sesungguhnya kita merasa kesal apabila Bank Negara sendiri membuat U-Turn dalam dasarnya. U-Turn ini mengakibatkan ketidaktentuan dan keresahan kepada ramai peminjam.

Kita menjangka hampir 3-5 juta peminjam Auto Finance akan terkesan dengan U-Turn ini. Malah statistic di Bank Rimau sendiri, mereka mempunyai hampir 1 juta peminjam Auto Finance di Seluruh Negara.

Sekarang dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi negara dan dunia, peminjam pula seperti dipaksa untuk terus membayar hutang kereta seperti biasa atau jika mahu tangguh boleh, tapi nanti bayar sekali dengan interest

Kita juga kesal di kala pengumuman AUTO –MORA dibuat, PM8 dengan megahnya memasukkan AUTO-MORA ini sebagai salah satu Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19 Malaysia dengan jumlah yang terlibat hampir RM100B.

Tetapi apabila Auto-Mora diubah, PM8 langsung tidak bersuara. Sebaliknya hanya memberi kelonggaran kepada PKP secara bersyarat. Antara kelonggarannya adalah, golongan kayangan kini boleh bermain golf tetapi solat berjemaah masih lagi ditangguhkan.

Ternyata, PM8 langsung tidak heran dengan keluh kesah MakCik Kiah, Pak Saleh dan Pak Ali yang hanya menggunakan VIVA atau Proton Saga yang mana pada awalnya dijanjikan Auto-Mora tapi sekarang bertukar kepada Auta-Mora.

Dalam hal ini, tiadalah apa yang istimewa apabila melantik Menteri Kewangan yang bukan dipilih oleh mandat rakyat tetapi hanya dilantik oleh PM8. Kesan langsungnya adalah AUTO-MORA ditukar kepada AUTA-MORA.

Tepuk dada tanya poket.

Salam Hari Pekerja

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

1 Mei 2020

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • Disqus ( )