Langkah Sheraton sekat usaha pindaan undang-undang hukuman pemandu mabuk

Langkah Sheraton sekat usaha pindaan undang-undang hukuman pemandu mabuk

Kemalangan melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi di zaman kerajaan tebuk atap PN. Yang terbaru Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Di zaman PH dulu ia juga berlaku dan kerajaan PH telah mula berusaha meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 namun usaha yang dilakukan oleh kerajaan PH terbantut akibat Langkah Sheraton yang dilakukan oleh pengkhianat mandat rakyat.

Pada 29 Jan 2020 Menteri Pengangkutan PH Anthony Loke ada menegaskan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian. Ia melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.

Pada 13 Feb 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) PH Datuk Liew Vui Keong menyatakan kabinet kerajaan PH secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat dan menyerahkan kepada MOT untuk ambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat.

23 Februari berlaku Langkah Sheraton. Beberapa parti politik mengadakan mesyuarat luar biasa. PPBM di ibu pejabatnya di Menara Yayasan Selangor di Petaling. PAS dan UMNO di Janda Baik, Pahang. Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur. Bermula usaha menjatuhkan kerajaan PH dan mewujudkan kerajaan pintu belakang tebuk atap PN.

24 Februari kerajaan PH terbubar dan pada 1 Mac 2020 Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Jadi sekarang tiba masa rakyat bertanya kerajaan PN apa langkah mereka untuk mengurangkan kemalangan pemandu mabuk ? Sahabat-sahabat PAS yang lantang bersuara termasuk Menteri MEWA di mana suara mereka dan di dalam gua mana mereka bersembunyi sekarang ?

Nadzmi Al Auzaei

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )