Kalau sudah mabuk patut guna ‘e-hailing’, kata menteri PN

Kalau sudah mabuk patut guna ‘e-hailing’, kata menteri PN

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, pemandu mabuk tidak mempunyai sebab untuk memandu dalam keadaan mabuk kerana boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Malaysia tiada sebab seseorang itu perlu memandu dengan mabuk, kita sudah ada e-hailing.

“Kepada siapa yang nak minum kalau sudah mabuk patut guna e-hailing,” katanya, lapor Malaysiakini.

Tambahnya, beliau juga menzahirkan rasa sedih dan takziah atas anggota polis yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semalam.

Pagi semalam, seorang anggota polis Koperal Safwan Mohamad Ismail, maut dirempuh ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan.

Dalam kejadian pukul 2.11 pagi itu, allahyarham Safwan, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan akibat dirempuh sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu oleh pemandu mabuk, dalam kejadian berhampiran di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Lekas di Kajang.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )