Panjangkan tempoh parlimen, pinda akta hukuman ke atas pemandu mabuk

Panjangkan tempoh parlimen, pinda akta hukuman ke atas pemandu mabuk

Ketika kita semua sedang nyenyak tidur, seorang anggota Polis maut angkara pemandu mabuk yang merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.

Apa yang mendukacitakan ia hanya secebis daripada beberapa kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk yang direkodkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan.

Tiada siapa menyangka walaupun PKP sedang dikuatkuasakan, kecelakaan melibatkan pemandu mabuk masih tetap berlaku walaupun pelbagai penguatkuasaan sedang dilaksanakan.

Justeru, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk segera meminda ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐Ÿฐ๐Ÿญ, ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿณ (๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐Ÿฏ๐Ÿฏ๐Ÿฏ) dalam mengenakan hukuman yang lebih keras kepada pelaku yang terlibat yang mana telah diusahakan oleh pemerintah yang lalu tetapi terkandas akibat pengambilalihan kerajaan tanpa mandat rakyat.

Oleh itu kerajaan PN tidak lagi boleh bertangguh dan perlu menyegerakan pindaan Akta 333 ini dalam sidang Parlimen akan datang.

Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk terus memendekkan tempoh Persidangan Parlimen dek takut dengan bayang-bayang sendiri.

Moga isu pemandu mabuk tidak terus berpanjangan dan akan segera menemui titik noktahnya.

Mohon mencadang,

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
BBA (Hons) Transport UiTM
Mantan Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )