Tiada had masa, boleh keluar lebih pukul 10 malam, kata menteri

Tiada had masa, boleh keluar lebih pukul 10 malam, kata menteri

KUALA LUMPUR: Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam peraturan baharu PKPB, tidak ada had masa ditetapkan untuk pergerakan rakyat.

“Dari segi pergerakan, sudah dibebaskan antara daerah ke daerah dan sebagainya kecuali pergerakan rentas negeri.

“Jadi tidak ada had jangka masa untuk rakyat keluar kerana dalam peraturan bahariu (PKPB), tidak ada had masa,” katanya, lapor BH Online.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )