Harga sayur di Perak naik!

Harga sayur di Perak naik!

IPOH: Harga beberapa jenis sayur di negeri ini dikesan mulai naik sama ada di pasar raya mahu pun pasar awam sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar awam dan pasar raya sekitar Ipoh serta Teluk Intan mendapati antara sayur yang mengalami peningkatan harga ialah kacang panjang, kacang buncis, kangkung dan beberapa jenis sayur.

Peningkatan paling ketara ialah kacang panjang dan kacang buncis dengan harga runcit sekilogram masing-masing mencecah RM10 sekilogram dan RM13.50 sekilogram.

Menurut seorang peniaga di Pasar Besar Ipoh yang enggan dikenali mengakui harga sayur sejak minggu lalu meningkat ekoran kekurangan bekalan akibat faktor cuaca.

Katanya, dia turut menerima rungutan daripada orang ramai mengenai keadaan itu namun terpaksa menjelaskan keadaan tersebut.

“Memang harga sayur mahal sekarang ini. Nak tak nak saya kita kena jual juga sebab ada permintaan. Bekalan yang ada kurang sebab musim hujan sekarang ini.

“Kalau dulu memang kita akui murah sampai ada yang buang sayur sebab tak laku kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dalam pada itu, kebanyakan pasar raya di sekitar Ipoh turut menjual sayur-sayuran berkenaan dengan harga yang lebih mahal daripada pasar awam.

Jika di pasar awam harga sekilogram kacang panjang RM6 hingga RM8, di pasar raya pula, harga bagi sekilogram dijual antara RM8 hingga RM10.

Begitu juga dengan kacang buncis yang dijual pada harga RM13.50 berbanding di pasar awam RM12.

Bagaimanapun, terdapat harga sayur di pasar raya lebih murah daripada pasar awam seperti kangkung iaitu RM1.70 sekilogram berbanding harga di pasar awam yang mencecah sehingga RM5.

Beberapa jenis sayur yang dijual di Pasar Besar Ipoh mengalami peningkatan harga antaranya kacang buncis dan kacang panjang.
Beberapa jenis sayur yang dijual di Pasar Besar Ipoh mengalami peningkatan harga antaranya kacang buncis dan kacang panjang.
Sementara itu, beberapa orang ramai yang ditemui menyedari tentang kenaikan harga sayur tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )