Sultan Nazrin: Perak catat lebihan RM52.3 juta pada 2019

Sultan Nazrin: Perak catat lebihan RM52.3 juta pada 2019

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Kerajaan Negeri Perak dalam tahun 2019 berjaya mengekalkan pencapaian kutipan hasil mengatasi satu bilion ringgit.

Titahnya, hampir RM1,094,887,096.68 hasil diperoleh iaitu pencapaian 106 peratus berbanding sasaran.

Ini ditambah terimaan pembangunan RM 52,537,177.71 menjadikan jumlah keseluruhan hasil dan terimaan pembangunan mencecah RM1,147,424,274.39.

“RM1,095,095,949.23 telah dibelanjakan; 67 peratus belanja pengurusan dan 33 peratus belanja pembangunan.

“Kerajaan Beta menutup akaun kewangan tahun 2019, dengan lebihan RM52,328,325.16,” Titah Tuanku ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan, disini hari ini.

Titahnya, kerajaan negeri akan terus melaksanakan langkah-langkah penjimatan dan akan terus berusaha meningkatkan hasil, demi memastikan kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.

Ketika membahaskan Belanjawan Tahun 2020, Dewan Negeri Perak juga titahnya telah meluluskan RM1,201,250,200, RM771,250,200 untuk belanja pengurusan, dan RM430,000,000 untuk belanja pembangunan, pada nisbah 64 peratus belanja pengurusan dan 36 peratus belanja pembangunan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )