Dewan Rakyat bersidang hanya majlis Titah Diraja sahaja

Dewan Rakyat bersidang hanya majlis Titah Diraja sahaja

KUALA LUMPUR: Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang berlangsung selama satu hari pada Isnin 18 Mei 2020 hanya dengan Majlis Titah Diraja sahaja.

Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bermula jam 10.00 serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,” kata satu kenyataan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Pindaan itu, katanya selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan Majlis Mensyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis memaklumkan disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara masih belum reda makan sidang Dewan Rakyat telah dipinda.

“Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan menyusul dengan mengeluarkan Notis Baru Majlis Persidangan Dewan Rakyat Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlkimen Ke-14 Tahun 2020 kepada semua Ahli Dewan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )