Kaunter pembayaran Lembaga Air Perak dibuka semula esok

Kaunter pembayaran Lembaga Air Perak dibuka semula esok

IPOH: Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sehingga 9 Jun hadapan, semua kaunter pembayaran Lembaga Air Perak (LAP) di negeri ini kembali dibuka semula Khamis ini dengan waktu operasi bermula 8.15 pagi hingga 4.00 petang.

LAP dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan kaunter itu dibuka bagi urusan pembayaran bil air sahaja dan para pelanggan digalakkan membuat pembayaran secara atas talian.

“Bagi membendung atau mengelakkan penyebaran virus COVID-19, para pelanggan diwajibkan memakai pelitup separuh muka, saringan suhu badan dan penjarakan sosial minimum satu meter serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB ketika berurusan di kaunter-kaunter berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Hari Pekerja 2020 pada 1 Mei lepas mengumumkan PKPB dilaksana dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula mulai 4 Mei lepas.

Baru-baru ini, beliau berkata PKPB yang berkuatkuasa sehingga semalam disambung empat minggu lagi sehingga 9 Jun hadapan.

—  BRRNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )