Pelajar IPT dikesan positif Covid19 di Perak

Pelajar IPT dikesan positif Covid19 di Perak

IPOH: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )