Selepas tidak tersenarai Exco, Paul kata itu bukti tidak gila jawatan

Selepas tidak tersenarai Exco, Paul kata itu bukti tidak gila jawatan

IPOH: Pelantikan barisan Exco kerajaan Perak tanpa wakil bukan Melayu menamatkan desas-desus kononnya wakil rakyat bebas dilantik ke jawatan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkata, ia juga menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya keluar parti DAP pada Mac lalu adalah untuk mengejar jawatan semata-mata.

”Ada yang mengatakan saya keluar parti sebab mahukan jawatan Exco sedangkan saya sudah nyatakan dengan jelas tindakan saya keluar parti adalah kerana tidak boleh bekerjasama dengan sesetengah pemimpin di dalam parti.

“Walaupun tiada jawatan, saya akan jalankan tugas hingga akhir penggal. Ini tanggungjawab saya menggalas mandat dengan terus membantu rakyat di kawasan Tronoh,” katanya, lapor Sinar Harian.

Ditanya mengenai kemungkinan adanya lantikan penasihat khas, Paul Yong menyerahkan keputusan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Terpulang kepada MB (Menteri Besar), kalau rasa perlukan penasihat dalam kalangan kaum Cina dan India, MB ada haknya untuk pilih.

“Saya tidak akan kesal sekiranya tidak dipilih pun,” katanya.

Kelmarin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik tiga lagi Exco kerajaan Perak terdiri daripada ADUN Umno sekali gus melengkapkan 10 Exco kerajaan negeri yang telah dilantik

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )