Harga barang melambung tinggi, kenapa kerajaan membisu?

Harga barang melambung tinggi, kenapa kerajaan membisu?

IPOH: Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius fenomena kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal kebelakangan ini.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir, berdasarkan tinjauan di beberapa pasar di negeri Perak, harga ayam daging melonjak sehingga RM10.00/kg berbanding hanya RM6.50 ke RM7. 50/kg pada sebulan yang lalu.

Katanya, disamping itu harga-harga barang keperluan lain seperti santan, cili, tomato, sawi, kubis juga mencatatkan peningkatan 30% – 50% menjelang Aidilftri ini.

“Fenomena kenaikan harga yang tidak terkawal ini sedikit sebanyak menjejaskan kuasa beli rakyat khususnya di kalangan golongan B40 yang banyak terkesan ketika PKP ini.

“Justeru Pemuda AMANAH Negeri Perak menzahirkan kebimbangan dan menyeru agar Kerajaan melalui KPDNHEP mengawal segera kenaikan ini dengan menguatkuasakan segera Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) khususnya ketika musim perayaan dan PKP ini dalam memastikan pemborong dan pembekal tidak mengenakan harga yang melampau kepada peniaga yang mana akhirnya rakyat yang akan menanggung bebannya,” katanya dalam satu kenyataan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )