Kerajaan Perak umum bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam

Kerajaan Perak umum bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada 13,000 penjawat awam negeri berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Menurut, bantuan tersebut akan dibayar hari ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Saya menyeru agar bantuan ini dibelanjakan sebaiknya untuk persiapan Aidilfitri secara sederhana agar nanti sampai ke kantung peniaga dan penjaja kecil seluruh negeri Perak hendaknya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak (Fasa Dua) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri agar mengelak berbelanja terhadap perkara yang tidak perlu seperti menukar permaidani baharu.

Sebaliknya katanya merangsang ekonomi negeri dengan menyokong perniagaan restoran dan hotel tempatan melalui penganjuran mesyuarat serta tempahan makanan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )