Perak benarkan makan, minum di restoran

Perak benarkan makan, minum di restoran

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini membenarkan pengusaha premis makanan di negeri ini untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebenaran itu adalah beroperasi secara dine-in atau pelanggan makan di dalam restoran.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan sama ada untuk benarkan pelanggan makan di dalam restoran atau tidak, ia terpulang sepenuhnya kepada para pengusaha.

“Sekiranya pengusaha premis makanan telah bersedia untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah
ditetapkan, bolehlah benarkan.

“Jika belum bersedia, eloklah tangguhkan dahulu,” katanya dalam satu sidang media hari ini, lapor Perak Gazette.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )