Kanak-kanak 4 tahun terperangkap 45 minit dalam kereta

Kanak-kanak 4 tahun terperangkap 45 minit dalam kereta

BATU GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap selama 45 minit dalam kereta yang terkunci sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam kejadian di Taman Gerbang Siputeh di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.44 tengah hari.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut terkunci dalam kereta jenis Proton Saga BLM milik bapanya yang di parkir dalam kawasan rumah.

“Anggota dari Balai Bomba Batu Gajah yang menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta.

“Mangsa dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya,” katanya, lapor Perak Gazette.

Menurutnya, berdasarkan maklumat ibu kanak-kanak itu, kejadian berlaku ketika mereka sedang bersiap untuk pulang ke rumah dari rumah nenek mangsa.

“Semasa kejadian, enjin kereta dalam keadaan sedang dihidupkan. Kanak-kanak itu terperangkap selama lebih kurang 45 minit,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )