Dokumen mahkamah dedah Najib langgan sistem dari Israel menjelang PRU14

Dokumen mahkamah dedah Najib langgan sistem dari Israel menjelang PRU14

KUALA LUMPUR: Mahkamah Israel didedahkan, Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan syarikat pembekal teknologi dari Israel untuk membuat intipan dan analisa terhadap sikap orang awam menjelang pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

Namun begitu, tekanan rakyat yang mahukan perubahan telah menyebabkan Najib gagal juga mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 itu.

Malaysia Dateline melaporkan, menurut laman web Calcalistech.com dalam laporannya semalam (28 Mei 2020), kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah membelanjakan $1.5 milion (RM6.5 juta) untuk membolehkan pasukan penyelidikan Malaysia menggunakan sistem intipan dan analisis Israel itu.

Menurut laporan itu, sistem itu telah digunakan oleh agensi penyiasatan Malaysia iaitu Cawangan Khas (SB) untuk membolehkan semua maklumat aktiviti orang awam dikumpul dan dianalisa sebulan sebelum pilihan raya.

“Syarikat yang membangun dan membekalkan sistem itu kepada kerajaan Malaysia adalah Senpai Technologies Ltd, sebuah syarikat kecil cybersecurity Israel,” lapor Calcalist, laman web Israel yang melihat dokumen mahkamah itu.

Perjanjian itu, lapornya, telah ditandatangani pada April 2018 dengan harga $1.5 juta dengan nama kodnya adalah “Project Magnum”.

“Oleh kerana Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik, perjanjian ini telah dibuat melalui syarikat dari Cypriot yang bernama Kohai Corp. Ltd, yang diasaskan oleh dua pemegang saham Senpai yang tujuannya hanya untuk menjadi penama dalam perjanjian sebegini,” lapor Calcalist.

Menurut laman itu, perancangan kerajaan Malaysia untuk menggunakan sistem Senpai untuk “Penyiasatan Politik” tidak dirahsiakan kerana ia dinyatakan dengan jelas melalui korespondan melalui email dalaman mereka.

Selain Malaysia, Senpai juga membekalkan sistem yang sama kepada negara Oman, yang juga tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )