Batu Gajah catat kes terbaru positif Covid-19

Batu Gajah catat kes terbaru positif Covid-19

BATU GAJAH: Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di Perak dikesan di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui hantaran di Facebook milik jabatan itu hari ini.

Menurutnya, kes tersebut dikesan susulan daripada aktiviti saringan bersasar bagi pelajar tahfiz.

Jelasnya, seramai 42 orang kontak rapat kepada kes terbabit telah dikenal pasti dan sebahagian telah dihantar ke pusat kuarantin, di sini.

“Pesakit yang positif dan seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di pusat kuarantin.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” jelas kenyataan itu hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )