Gaduh dengan isteri, lelaki bakar kereta bapa mertua

Gaduh dengan isteri, lelaki bakar kereta bapa mertua

PARIT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membakar kereta Perodua Myvi milik bapa mertuanya di Jalan Senggang di sini semalam.

Kenderaan yang musnah terbakar itu dijumpai sendiri oleh warga emas berusia 68 itu pada pukul 1.30 petang.

Difahamkan, kejadian itu dikatakan berpunca ekoran pertengkaran antara suspek dan isterinya masing-masing berusia 41 dan 34 tahun di rumah bapa mertuanya di Tanjung Belanja dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, warga emas itu cuba meleraikan pergaduhan pasangan suami isteri terbabit sebelum lelaki itu bertindak keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, bapa mertua suspek hanya menyedari kereta miliknya hilang setelah didapati tiada di halaman rumah pada pukul 7 pagi, 29 Mei lalu.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun menjumpai kenderaan tersebut di tepi Jalan Senggang pada hari sama dengan keadaan terbakar 100 peratus.

“Warga emas itu mengesyaki kenderaan yang hangus terbakar itu adalah miliknya berdasarkan empat biji sport rim berwarna hijau yang sama seperti dipasang dikeretanya.

“Mangsa juga memberitahu menantunya itu mempunyai kunci pendua kereta berkenaan dan dipercayai membawa kereta itu tanpa kebenaran sebelum membakarnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Barudin, lelaki yang bekerja di Kuantan, Pahang itu telah melarikan diri ke bandar tersebut sebelum dia berjaya diberkas pada pukul 8.15 malam semalam.

Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (6)
  • comment-avatar

    Saved as a favorite, I love your site!

  • comment-avatar

    Many thanks! Fantastic information!
    Best Essay writing
    buy essays https://essaypaperwritingservice.com

  • comment-avatar

    Nicely put. Kudos.
    Best Essay writing
    paper writing help https://buyessayonlinesafe.com

  • comment-avatar

    Truly all kinds of valuable facts.
    Best Essay writing
    buy essay https://researchpaperorder.com

  • comment-avatar

    You revealed this perfectly!
    essay writer service
    essay writer service https://essaywriterresearch.com/

  • comment-avatar

    You said it very well..
    paper writing
    paper writing https://fastpaperwritingservice.com/

  • Disqus ( )