MBI pandang serius isu sampah haram

MBI pandang serius isu sampah haram

IPOH: Warga bandar Ipoh diminta turut bertanggungjawab berhubung pengurusan sampah di kediaman masing-masing demi kesejahteraan bersama.

Ini termasuk memastikan tong sampah disediakan serta memasukkan ke dalam plastik sesuai bagi memudahkan pungutan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengurusan sampah yang teratur juga berkait rapat dengan sikap dan kesedaran.

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan apabila ada segelintir penduduk yang mengambil mudah membuang sampah bukan di tempat sepatutnya.

“Antara masalah utama di bandar ini ialah tempat pembuangan sampah haram termasuk di kawasan perumahan selain di kawasan awam terbuka.

“Ini bukan sahaja memburukkan pemandangan, malah melambatkan kerja serta menyukarkan tugas pungutan sampah,” katanya, lapor Perak Gazette.

Rumaizi, 45, dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu berkuat kuasa 1 April lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri.

Mengulas lanjut kata beliau, soal longgokan sampah haram antara isu yang diberi perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk melalui tindakan penguatkuasaan.

“Kita tidak boleh berkompromi kerana masalah sampah melibatkan kebersihan dan perlu mengambil tindakan tegas termasuk kerap melakukan pemantauan.

“Pada masa sama masyarakat juga perlu memberikan kerjasama kepada MBI dan sama-sama kita menjaga kebersihan kawasan yang didiami,” ujarnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )