Perak guna aplikasi MySejahtera di pejabat kerajaan, PBT

Perak guna aplikasi MySejahtera di pejabat kerajaan, PBT

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menetapkan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi urusan orang awam di semua pejabat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Exco yang dipengerusikan beliau semalam, antara lain bagi membolehkan setiap individu melakukan penilaian kendiri untuk mengetahui risiko terhadap jangkitan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, Imbasan QR (QR Code) yang dilakukan melalui aplikasi itu juga memudahkan pengesanan kontak jangkitan Covid-19 tanpa perlu lagi mencatat maklumat diri sepertimana dilakukan sekarang.

“Saya harap orang ramai dapat muat turun aplikasi MySejahtera di telefon pintar masing-masing.

“Dalam Mesyuarat Exco hari ini kita sudah buat ketetapan agar semua rakyat yang hendak berurusan dengan pejabat kerajaan negeri dan PBT hendaklah guna aplikasi ini.

“Ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang digerakkan kerajaan dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulu, KKM menggalakkan rakyat mendapatkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace bagi membolehkan kerajaan menjalankan pengesanan kontak kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera dengan merekodkan log gelombang Bluetooth apabila pengguna berada berdekatan antara satu sama lain.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus (0 )