Perak tambah baik SOP pelancongan

Perak tambah baik SOP pelancongan

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pelancongan di negeri ini bagi menjamin percutian selamat dalam tempoh penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia satu daripada usaha awal dilakukan Majlis Tindakan Pelancongan Perak (PTAC) bagi memulihkan keyakinan kalangan pelancong domestik dengan memastikan destinasi pelancongan di negeri ini selamat dan mematuhi SOP digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, mesyuarat pertama PTAC, Isnin lalu telah membincangkan langkah mitigasi bagi memulihkan sektor pelancongan menerusi Panduan Amalan baik Negeri Perak: Pematuhan SOP dan Peningkatan Keyakinan Pelancong.

“PTAC telah menambah baik SOP sedia ada agar lebih terperinci, bersesuaian dengan amalan norma baharu dan memenuhi keperluan industri pelancongan.

“Dokumen SOP perhotelan, homestay dan kampungstay telah disiapkan sebagai garis panduan kepada pengusaha penginapan untuk meyakinkan pelancong bahawa percutian mereka adalah selamat daripada sebarang ancaman penyakit berjangkit,” katanya, lapor Sinar Harian.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan projek infrastruktur melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa Kedua Negeri Perak yang memberi tumpuan kepada usaha naik taraf fasiliti.

“Ini bagi memastikan destinasi pelancongan dalam keadaan terbaik untuk menerima kehadiran pengunjung dalam pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan norma baharu,” katanya.

Melalui Tourism Perak katanya, kerajaan negeri meneruskan program promosi produk-produk pelancongan secara digital iaitu dalam bentuk video dan aplikasi digital sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Orang ramai boleh menyokong usaha ini dengan tanda pagar #TravelPerakLah, #PerakSupportPerak dan #Perakians4Perak. Mereka juga berpeluang menikmati travel vouchers bernilai RM50 yang boleh ditebus mulai pasca PKP ini sehingga 31 Disember depan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal menyempurnakan gimik perasmian Pertandingan Digital Storytelling POP Travels: Cer Citer yang merupakan pendekatan dua dalam satu iaitu latihan berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta pertandingan penghasilan video bagi mempromosikan Perak dengan cara lebih kreatif.

Program gabungan Tourism Perak, Digital Perak, Jawatankuasa TVET dan Perak Tourist Guides Association (PkTGA) itu terbuka kepada pemandu pelancong berlesen Perak bermula pendaftaran hari ini sehingga 15 Jun depan melalui Facebook Tourism Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )