USD10 bilion diambil kerajaan Najib dari ECRL, dakwa Sarawak Report

USD10 bilion diambil kerajaan Najib dari ECRL, dakwa Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Sarawak Report mendedahkan sebanyak USD10 bilion (RM42.6 bilion) dipercayai telah diambil dari Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang ketika itu di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara tersebut didedahkan pegawai Pencegahan Pengubahan Wang Haram di Kuwait selepas menjalankan siasatan terhadap berbilion ringgit yang lesap dari projek ECRL dan projek saluran-saluran paip di bahagian barat Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Dakwa laporan tersebut, siasatan itu, yang dimulakan pemerintah Pakatan Harapan pada Jun 2018, menghasilkan lebih banyak penemuan sensasi membabitkan kehilangan sejumlah wang yang besar dari dana awam Malaysia.

“Ia menunjukkan tidak kurang dari USD10 bilion dijarah oleh kerajaan Najib dari 1MDB dan kedua-dua projek di atas. Bagaimanapun, maklumat itu tidak pernah diserahkan kembali ke Malaysia,” katanya.

Projek mega laluan ECRL merupakan antara projek perdagangan dengan kontrak terbesar yang dikendalikan syarikat China di negara luar.

Lapor Sarawak Report, anak syarikat Scholc, syarikat pembinaan milik negara China yang dianugerahkan projek ECRL oleh Najib Razak, telah membayar rakan niaga kerajaan Kuwait dari proksi Najib Jho Low, Sheikh Sabah Jaber Al -Mubarak Al-Hamad Al-Sabah (anak Perdana Menteri Kuwait ketika itu), melebihi US$1.02 bilion yuan (CNY) pada Ogos 2017.

Wang sebanyak 4.25 bilion (RM2.7 bilion atau AS$ 630 juta) kemudiannya dikatakan telah dihantar kepada Kementerian Kewangan Malaysia kononnya untuk pembelian tanah 1MDB di Ayer Itam.

Namun, seperti yang dilaporkan, Sheikh Sabah tidak pernah mengesahkan hak miliknya.

“Dipercayai wang itu pada mulanya dicuri dari Malaysia dengan menaikkan kontrak China dan tujuan utamanya adalah untuk menyelamatkan 1MDB,” kata portal berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus (0 )