Disaat rakyat tanya bila boleh ke masjid, menteri minta bangunkan industri nasyid

Disaat rakyat tanya bila boleh ke masjid, menteri minta bangunkan industri nasyid

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan membangunkan semula industri nasyid di negara ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ia akan membabitkan stesen TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Nasyeed.Com dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Creative Dakwah Club.

“Tiga minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini. Saya mahu anugerah berprestij seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan.

“Kita akan memperkasakan nasyid menerusi industri muzik digital yang kian pesat kini.

“Saya tiada apa-apa kepentingan, cuma nampak potensi amat besar pada mereka untuk turut menyumbang kepada dakwah, pendidikan dan keseimbangan psikospiritual masyarakat, terutama dalam norma baharu yang sedang kita tempuhi bersama.

“Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, sumbangan sudah disalurkan kepada Nasyeed.com bagi meringankan isu berkaitan kebajikan artis nasyid tanah air yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Pelbagai isu kebajikan artis nasyid dikongsikan untuk perhatian pihak kerajaan. Di sebalik gelak tawa, terselit tangisan genangan air mata yang amat saya fahami dan menanggung beban keperitan sepanjang tempoh PKP serta PKPB ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )