46 pertuduhan rasuah bebas, pelik bin ajaib!

46 pertuduhan rasuah bebas, pelik bin ajaib!

KUALA LUMPUR: Selepas anak tiri Najib Razak, Riza Aziz yang dilepaskan daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram Mei lalu, kini giliran bekas Ketua Menteri Sabah pula dilepaskan daripada pertuduhan kes rasuah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad melahirkan rasa hairan ekoran pembebasan Tan Sri Musa Aman daripada kesemua 46 pertuduhan terhadapnya.

Malaysia Dateline melaporkan, dalam ciapan Twitternya hari ini, Khalid berkata, demi menjadi Perdana Menteri, segala perkara boleh dirunding.

“Demi menjadi PM, semua boleh dirunding.

“Bukan di Malaysia tetapi di Negara Pasir Berdengung yang diperintah oleh kerajaan tebuk dinding kerana tak ada pintu belakang,” katanya merujuk kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan menjangkakan situasi sama mungkin berlaku membabitkan “Bossku” yang merupakan kes berprofil tinggi.

“Bebas 46 tuduhan. Semua 46 tak ada kes? Pelik bin Ajaib. Hari itu Riza (Aziz), sekarang Musa Aman. Selepas ini? Bossku?,” soal Khalid lagi.

Mei lalu, Riza yang juga anak Rosmah Mansor, dilepas tanpa dibebaskan daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di negeri itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas diberitahu bahawa pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan berkenaan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, pembebasan Musa berkait dengan jaminan sokongan anak beliau terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pembebasan Musa Aman ini secara politiknya boleh dibaca sebagai usaha memastikan anak beliau (kini ahli Parlimen) terus kekal menyokong TSMY.

“(Yang kedua), pengaktifan kod usaha merampas kembali Sabah,” ciapnya dalam satu siri Twitter hari ini.

Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa merupakan anak kepada Musa Aman dan ahli parti Bersatu Sabah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )