Musa Aman kini bebas! 46 pertuduhan ditarik balik

Musa Aman kini bebas! 46 pertuduhan ditarik balik

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di negeri itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas diberitahu bahawa pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan berkenaan.

Peguam bela Musa, Francis Ng Aik Guan dilapor turut mengesahkan pembebasan anak guamnya.

Pada 12 Februari lalu, Musa, 69, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah memohon untuk membatalkan kesemua pertuduhan terbabit.

Bagi kes rasuah, Musa berdepan dengan 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Bagi kes pengubahan wang haram, pertuduhan pertama dan ke-16, Musa didakwa membabitkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di UBS AG atas nama lelaki itu bagi tujuan menerima hasil aktiviti haram.

Musa juga berdepan tuduhan alternatif, iaitu menyembunyikan pemilikan hasil aktiviti haram berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan dan 11 hingga 15, Musa didakwa secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima US$37,845,491.60 daripada beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes yang jumlah itu adalah daripada hasil aktiviti haram tertuduh manakala bagi pertuduhan ke-10 pula, beliau didakwa menerima S$2.5 juta atas sebab sama.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )