Tun M, Shafie sertai mesyuarat PH + 2 hari ini

Tun M, Shafie sertai mesyuarat PH + 2 hari ini

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Shafie Apdal menyertai pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat pimpinan tertinggi mereka hari ini.

Mesyuarat ‘Top 5’ iaitu lima pemimpin tertinggi setiap parti dari lima parti, PH + Bersatu dan Warisan itu diadakan di Ibu Pejabat Keadilan, Petaling Jaya petang ini.

Mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu dipengerusikan oleh Anwar dengan Dr Mahathir, Mohamad Sabu (Presiden AMANAH), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Shafei Apdal di meja utama.

Mereka dijangka membuat keputusan akhir menjelang cadangan untuk mengambil alih kembali kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu.

Semalam, Majlis Setiausaha PH bermesyuarat bagi membuat persiapan mesyuarat Top 5 hari ini.

Sebelum mesyuarat bermula, Anwar dan Dr Mahathir dikatakan mengadakan pertemuan tertutup antara mereka bagi memuktamadkan usaha untuk mengambil kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam PRU 14 lalu.

Ini adalah pertama kali Dr Mahathir ke pejabat PKR selepas kejatuhan kerajaan PH Februari lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )