Perompak dimartabatkan, rakyat diperlekehkan

Perompak dimartabatkan, rakyat diperlekehkan

KUALA LUMPUR: Pembahagian ghanimah PN tidak terhenti setakat melelong jawatan GLC, kata Pengarah Komunikasi Wanit Muda AMANAH, Fatihah Salahuddin.

Semalam negara dikejutkan dengan tindakan Peguam Negara dengan menggugurkan sebanyak 46 tuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram Tan Sri Musa Aman.

“Ini adalah amat membingungkan. White Collar Crime dipandang enteng oleh Peguam Negara.

“Rakyat telah menghukum BN pada PRU14 dengan harapan untuk melihat sistem undang-undang dan penghakiman dapat dimartabatkan dengan tiada pengecualian khusus terhadap status seseorang,” katanya.

Menurutnya, tindakan Peguam Negara seamalam jelas mencerminkan campur tangan politik mampu mengubah hala tuju kes seseorang.

Katanya, sepatutnya konsep pengasingan kuasa diketengahkan oleh PN bagi meraih kepercayaan rakyat memandangkan rampasan kuasa yang berlaku dengan pengkhianatan besar-besaran terhadap mandat rakyat.

“Sistem yang rosak selama ini diamalkan oleh BN yang mengabaikan konsep semak imbang serta prinsip pengasingan kuasa nampaknya sudah mula diamalkan oleh PN.

“Sudahlah rakyat sedang mengeluh kesah hilang punca pendapatan akibat COVID-19, dibebaskan pula perompak dalam susana kesusahan rakyat.

“Kononnya berpesan untuk tidak berpolitik dalam keadaan negara yang tidak stabil tetapi siapa yang sebenar-benarnya berpolitik? PN tidak lain hanyalah hipokrit,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus (0 )