46 kes Musa Aman ditarik balik..jeng..jeng, video Mohamad Sabu tular

46 kes Musa Aman ditarik balik..jeng..jeng, video Mohamad Sabu tular

Kisah seorang pencuri buah petai yang dipenjarakan 15 bulan manakala pendakwaan 46 kes melibatkan RM115 juta terhadap bekas Ketua Menteri Sabah kini menjadi tular dalam media sosial.

Ia tambah meletup lagi apabila Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu memperli kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada dengan gitarnya.

“Curi petai, kena jel 15 bulan, curi duit RM2 di masjid kena jel dua minggu, curi milo kena jel dua bulan, 46 tuduhan bekas Ketua Menteri Sabah ditarik balik…. jeng jeng,” kata Mohamad sambil memetik gitarnya, lapor Malaysia Dateline.

Video 32 saat ini telah tular di facebook, whatapps dan juga tapak sosial media yang lain dalam dua versi.

Versi tanpa sarikata dan versi yang mempunyai sarikata.

Pendakwaraya telah menarik balik kesemua 46 pertuduhan yang dikenakan ke atas Musa yang menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat khasnya pemimpin politik.

Mahkamah Tinggi kemudiannya membebas dan melepaskan Musa dari kesemua 46 pertuduhan yang melibatkan rasuah dan penggubahan wang haram itu.

Antaranya melibatkan wang suapan untuk dirinya dengan wang berjumlah US$50.1 juta (RM115.7 juta).

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (6)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • comment-avatar

    rolex replica watches come with 80 off,

  • Disqus (0 )